Kini
Milik Anda
Impian
seorang wanita selepas bersalin ialah untuk kekal sehat, cantik serta langsing.
Bagi wanita, memiliki tubuh yang langsing adalah ibarat menggapai sebuah
impian. Tidak dinafikan, ada yang berjaya mengekalkan berat badan ideal namun
ada juga yang sebaliknya. Malah, ada yang sanggup melakukan diet ketat namun
apa yang diharapkan tidak menjadi.
![]() |
| LANGSING |
Sebenarnya, diet yang baik tidak akan menyiksa
tubuh kita. Apa yang penting kita menjalaninya dengan rasa yang tenang dan
seronok. Usaha untuk merasa tertekan untuk segera langsing. Kelak anda sendiri
yang akan kecewa tetapi bagaimana cara diet yang tidak menyiksakan? Ikuti
beberapa panduan berikut:
·
Jangan terlalu terikat dengan diet
yang ketat untuk menurunkan berat badan. Ia sama seperti anda memaksakan diri
untuk kurus. Sebaliknya,akan memudahkan lagi berat badan anda naik. Jadi,
makanlah secara normal tetapi dengan porsi yang tidak berlebihan.
·
Menjadi seorang suri rumah
sebenarnya anda sudah banyak bergerak yaitu dengan melakukan rutin harian di
rumah. Ia juga adalah satu bentuk senaman. Jadi, kekalkan cara ini bagi
membantu memecahkan lemak-lemak dalam tubuh.
·
Banyakkan makan sumber rotein.
Protein membantu memberikan rasa kenyang dan lebih baik berbanding karbohidrat.
Mungkin ini boleh dijadikan sebagai salah satu rahasia bagaimana anda berjaya mengekalkan tubuh yang langsing!
·
Hindari minuman bersoda sebaliknya
minumlah lebih banyak air putih. Minuman air putih yang banyak dipercayai
sebagai salah satu cara untuk mengurangkan nafsu makan. Sebaik-baiknya minumlah
delapan gelas air putih setiap hari.
·
Jangan biarkan anda merasakan
kelaparan. Ini karena tubuh memerlukan makanan. Jadi, jangan biarkan perut anda
kosong. Dengan makan, anda akan merasa lebih baik seterusnya tubuh tidak akan
kelesuan sepanjang hari. Makanan yang diambil akan membantu memberikan tenaga
kepada anda sepanjang hari.
·
Banyakkan mengambil buah-buahan
segar. Anda boleh memilih buah-buahan tersebut sebagai jus segar yang diminum
setiap hari contohnya ketika bersarapan.
·
Jika anda seorang yang gemar makan
pedas, sebenarnya ia sedikit sebanyak dapat membantu diet anda. Namun jika yang
kurang menggemarinya, apa kata anda coba menambahkan sedikit rasa pedas ke
dalam hidangan anda. Cra ini dapat mencetuskan rasa puas sehingga anda tidak
lagi tergoda untuk menambah porsi makan anda.
·
Jika boleh, bawalah bekal makanan
ke tempat kera untuk mengurangkan makan di luar. Selain dapat membantu
menjimatkan wang, anda juga dapat melancarkan proses diet secara tidak
langsung. Anda tidak akan makan secara berlebihan.
·
Jika anda seorang penggemar sup,
pililah sup bukan jenis krim. Sup jenis ini biasanya rendah kalori dan mudah
membuatkan anda kenyang.
·
Ambil menu rendah kalori terlebih
dahulu sebelum anda makan menu lain. Mulakan dengan makan salad dan
sayur-sayuran. Maka, rasa lapar itu akan kian berkurang apabila tiba pada menu
yang tinggi kalori contohnya daging dan ayam.
·
Pastikan setengah porsi maka
tengah hari atau makan malam adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.
·
Jadikan makan sebagai satu
aktiviti yang bermatlamat yaitu untuk hidup sehat.
·
Kunyah makanan perlahan-lahan agar
mudah dicerna dan mengurangkan resiko makan berlebihan.
·
Kurangkan makanan atau ke
restoran-restoran segera karena rat-rata ia tinggi kandungan lemak. Jika teringin,
cukuplah sekadar sekali seminggu.
·
Diet yang seimbang ialah dengan menggambil sarapan,
makan tengah hari dan makan malam.

No comments:
Post a Comment